Pulau Sebatik Tuan Rumah Pertemuan Budaya Orang Asal Sabah Tahun Depan
Pulau Sebatik Tuan Rumah Pertemuan Budaya Orang Asal Sabah Tahun Depan
Kampung Mentadak di Pulau Sebatik akan menjadi tuan rumah program Pertemuan Budaya Orang Asal Sabah pada Jun tahun depan, kata Pengarah Eksekutif Pertubuhan Rakan Komuniti Sabah (Pacos Trust) Anne Lasimbang.
Beliau berkata pemilihan Kampung Mentadak itu dibuat berdasarkan keputusan undian pada program Pertemuan Budaya Orang Asal yang diadakan di Tongod, Kinabatangan Jun lepas dan dijangka dihadiri tidak kurang dari 500 orang.
"Aktiviti ini merupakan aktiviti tahunan yang kami adakan khas untuk komuniti Orang Asal Sabah bagi membolehkan mereka berkongsi isu-isu kebudayaan seperti tarian, sukan tradisi dan makanan. Tahun ini di Tongod manakala tahun depan di Pulau Sebatik.
"Ada komuniti Orang Asal Sabah tidak tahu bahawa sebahagian daripada komuniti Orang Asal di Sabah ialah komuniti Tidung. Mereka tidak tahu kehidupan masyarakat Tidung," kata Anne Lasimbang.
Anne berkata antara objektif pertemuan itu ialah pertukaran budaya dan pengetahuan di kalangan Orang Asal Sabah d…